IndeksGalleryCalendarFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Top posters
jQAF.SKHosba (108)
 
ntahapa2ntah (102)
 
akhimizi (93)
 
Admin (59)
 
alfatoni (59)
 
Abdul Somad (35)
 
tice (31)
 
sppim (23)
 
beta (22)
 
jQAF.SKSiputeh (21)
 
Poll
Forum Menarik?
Ya, Sangat Menarik
35%
 35% [ 51 ]
Ya, Menarik
24%
 24% [ 35 ]
Sederhana Menarik
9%
 9% [ 13 ]
Tidak, Tidak Menarik
7%
 7% [ 10 ]
Tidak, Langsung Tidak Menarik
26%
 26% [ 38 ]
Total Suara : 147
Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian

Share | 
 

 ICT j-QAF; Ikut Citarasa Terkini.

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Abdul Somad



Jumlah posting : 35
Registration date : 12.06.08

PostSubyek: ICT j-QAF; Ikut Citarasa Terkini.   Mon 28 Jul 2008, 5:05 pm

Tahniah, bila saya baca idea antum, dapatlah saya tanggapkan bahawa antum ni memang hebat. Kehebatan antum dalam ICT tu kalau betul-betul dapat digerakkan , akan dapat membantu ramai rakan-rakan yang dok merangkak dalam ICT. Perkongsian pintar antara antum dalam bidang dan kemahiran ICT jika digabungkan akan menghasilkan sumbangan yang besar ke arah meningkatkan minat belajar di kalangan anak murid. Saya rasa anak murid di sekolah tu sedang menanti sesuatu yang canggih dan boleh menarik minda mereka ke arah memahami dan menguasai P&P yang anda curahkan kepada mereka.

Saya dulupun tak tau apa satu tentang ICT ni, la ni pun duk meniarap lagi. Tapi bila dah keadaan memaksa diri, belajar sendiri, tanya kawan-kawan yang advance, depa pakat gelak, tanya adik-adik ..... bila dah kerap sangat muka depa pun naik masam tapi terpaksa setia sebab takut kat abang depa. Tapi bila dah terpaksa semua tu diharungi sendiri ..... bila dapat terasa nikmatnya, kemudahannya, kecanggihannya dan keasyikkannya. Memang hebat teknologi.....tapi Allah lagi HEBAT.

Buat la satu group ICT j-QAF, bina bahan yang standart, labelkan, kami boleh pasarkan, guna ilmu antum yang hebat tu. Jangan tangguh, masa semakin hilang dari kita, perginya tidak kembali. Saya bimbang kalau tidak ada penemuan baru dalam P&P j-QAF nanti kawan-kawan kita di sekolah akan sampai satu masa yang membosankan, letih, lesu dan mudah giveup, terpengaruh dengan P&P cara lama chalk & talk, masuk kelas lima minit berat punggung, duduk dari awai sampai habis kelas ..... macam Cikgu Shaari Masam-Masam Manis. Kesian kat anak bangsa dan agama kita. Bangsa lain duk pulun tak sangga nak memajukan anak zuriat mereka, kita..............Orang yang tidak merancang untuk berjaya, dia sudah merancang untuk gagal! Ghitu,ghitulah yee......Pulun j-QAF Pulun !
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
jQAF.SKHosba



Jumlah posting : 108
Lokasi : 06000 Jitra, Kedah
Registration date : 25.02.08

PostSubyek: ICT j-QAF; Ikut Citarasa Terkini.   Tue 29 Jul 2008, 9:49 am

Itulah dikatakan. Ada guru-guru kita yang betul power bab ICT ni. Kita perlu kenal pasti dan kita bentuk team samada diperingkat daerah atau negeri. Kalau dah berkumpul macam-macam ilmu ICT di situ, mesti kita kuat dan bahan yang kita hasilkan menarik. Mesti banyak percambahan idea nanti. Melimpah2...silap2 idea tu boleh banjir. Heheh!

Apa pun, kita perlu fikirkan apakah bahan ICT yang dibuat. Barulah ada matlamat kan. Tak gitu?

Kata Ust Somad, " Buat la satu group ICT j-QAF, bina bahan yang standart, labelkan, kami boleh pasarkan, guna ilmu antum yang hebat tu. Jangan tangguh, masa semakin hilang dari kita, perginya tidak kembali."

Ni sapa yang kena bertindak dulu untuk bentuk teambuilding ni? Untuk daerah Kubang Pasu, Pengerusi j-QAF dan Setiausahanya boleh mula bertindak dulu kot bentuk team Smile Very Happy bounce
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.jqafskh.blogspot.com
jQAF.SKSiputeh



Jumlah posting : 21
Lokasi : Kepala Batas
Registration date : 13.06.08

PostSubyek: Re: ICT j-QAF; Ikut Citarasa Terkini.   Tue 29 Jul 2008, 10:07 am

timbalan pengerusi pun blehh juga............................... kira penurunan kuasa laa...........heheheh
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
jQAF.SKHosba



Jumlah posting : 108
Lokasi : 06000 Jitra, Kedah
Registration date : 25.02.08

PostSubyek: Re: Re: ICT j-QAF; Ikut Citarasa Terkini.   Tue 29 Jul 2008, 10:15 am

Takpa, S/U kita mantap. Tapi dia tu sibuk dengan projek CD intraktif bahasa arab tahun 1. Dia memang mantap bab2 ni. Kita boleh gunakan khidmat dia. Bagi ketahuan tarikh ja bila nak pulun.. Twisted Evil
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.jqafskh.blogspot.com
alfatoni



Jumlah posting : 59
Age : 36
Registration date : 06.06.08

PostSubyek: Re: ICT j-QAF; Ikut Citarasa Terkini.   Wed 30 Jul 2008, 12:36 am

Ramai-ramai guru j-QAF di Kedah mesti ada yg power dan terer dalam bab-bab ICT nih, cuma tak nak ketengahkan bakat yg ade je. Mungkin sedikit masa lagi bila keadaan dah memaksa baru la keluar "peluru-peluru" mantap daripada poket masing-masing. Ha, masa tu baru kita tau. Masa ni koi-koi jaaa.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Sponsored content




PostSubyek: Re: ICT j-QAF; Ikut Citarasa Terkini.   Today at 7:52 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
ICT j-QAF; Ikut Citarasa Terkini.
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah :: Macam-macam j-QAF :: Pendapat / Cadangan / Komen Anda (Ketegori Umum)-
Navigasi: