IndeksGalleryCalendarFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Top posters
jQAF.SKHosba (108)
 
ntahapa2ntah (102)
 
akhimizi (93)
 
Admin (59)
 
alfatoni (59)
 
Abdul Somad (35)
 
tice (31)
 
sppim (23)
 
beta (22)
 
jQAF.SKSiputeh (21)
 
Poll
Forum Menarik?
Ya, Sangat Menarik
35%
 35% [ 51 ]
Ya, Menarik
24%
 24% [ 35 ]
Sederhana Menarik
9%
 9% [ 13 ]
Tidak, Tidak Menarik
7%
 7% [ 10 ]
Tidak, Langsung Tidak Menarik
26%
 26% [ 38 ]
Total Suara : 147
Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian

Share | 
 

 Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
akhimizi



Jumlah posting : 93
Age : 36
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

PostSubyek: Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer   Sun 15 Jun 2008, 1:29 pm

Saya masih ingat, bagaimana saya terjun ke dunia internet. Suatu masa dahulu saya hanya menggunakan emel di hotmail atau yahoo sekali sekali menggunakan MIRC dan Yahoo Mesengger untuk chating. Kemudian timbul rasa jemu.

Internet sangat luas dan bermanfaat jika digunakan dengan cara yang betul. Jika sebaliknya tentulah sebaliknya juga.

Saya memulakan penulisan online sejak jun 2002. Pada masa itu pengetahuan saya tentang aplikasi windows sangat terhad. Kemudian saya membeli PC sendiri dan diberi nama JASA. Menerusi PC itu saya jadi sangat berminat belajar tentang komputer sama ada hardware mahupun software kemudian tentang internet pula.

Saya terfikir-fikir sendiri, semasa saya dalam dunia kemahasiswaan dulu ada sebahagian rakan mahasiswa yang menganggap internet adalah benda lagho. benda tanpa manfaat dan faedah. Akhirnya mereka yang berkata begitu dan yang terasuk dengan perkara itu menjauhi dunia maya internet dan membencinya. Kata mereka... internet lagho dan sia-sia jadi tidak penting untuk mempelajari internet.

Saya sendiri mengakui sangat terbatas ilmu sains komputer dan ICT ini. Tetapi saya beruntung. Kalau dahulu saya menjauhi internet dan komputer mungkin sekarang saya akan jadi buta kepada teknologi itu.

Saya Akhirnya memilih untuk menjadi guru, walaupun ada jawatan lain yang datang. Saya sangat mahukan kerjaya ini kerana dengannya saya akan mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang saya dapat ditambah pengalaman yang sentiasa bertambah. Saya tidak kekok untuk meneruskan apa yang saya mahu. Saya ada sedikit ilmu tentang aplikasi komputer dan internet. Ini memungkinkan saya untuk terus belajar mengenainya.

Tentang orang lain saya tidak tahu. Kalau orang itu tidap tahu saya sedia ajarkan. Yang penting mereka mahu.

Terdekat kita (baca guru-guru j-QAF) akan mengisi data pula.... kemudian adalah sesetengah guru kita akan berkata begini: "Eh, kami tak pandai komputer tak reti nak isi... us/ust ??? isilah. Kami tak pandai."

Dan panduan yang hendak diberikan pun tiada apa-apa makna lagi jika dari mula sudah mengaku tidak pandai.

Di sini kita boleh berkongsi. Belajar dan bertanya kepada yang tahu. Wa Allahu a'lam.

Pesan buat diri: "Buka mata luas-luas AKHIMIZI walaupun matamu sempit." Hahaha...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://e-jazirah.bravehost.com
jQAF.SKHosba



Jumlah posting : 108
Lokasi : 06000 Jitra, Kedah
Registration date : 25.02.08

PostSubyek: Internet 'Lagho'?   Tue 17 Jun 2008, 10:21 am

Salam semua...

internet pada pendapat saya,ada kalanya melalaikan. kerana bagi yang menghayatinya,internet terlalu mengasyikkan. Tapi itu bergantung kepada individu yang menggunakan internet. Pisau dan mentimun di tangan sendiri. Di potong tebal,teballah ia. Di potong nipis,nipislah ia.

TETAPI, apabila si lalai telah insaf, dialah permata di antara sekalian yang ada. Ilmu ICT nya sgt ditagihkan. Pengawal yang baik, ialah pencuri yang telah insaf. Kerana dia sgt tahu taktik yang akan digunakan oleh sang pencuri.

Wassalam...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.jqafskh.blogspot.com
akhimizi



Jumlah posting : 93
Age : 36
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

PostSubyek: Re: Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer   Tue 17 Jun 2008, 2:57 pm

terima kasih atas respons yang sangat tinggi nilai falsafah dan estetikanya. hehehe
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://e-jazirah.bravehost.com
alfatoni



Jumlah posting : 59
Age : 36
Registration date : 06.06.08

PostSubyek: Re: Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer   Sun 22 Jun 2008, 9:12 pm

Ana berpendapat internet merupakan satu medium sebaran maklumat yang tiada noktah penghujung. Jadi orang yang bijak akan memanfaatkan keupayaan yang disediakan ke arah mencapai sesuatu matlamat sama ada baik atau sebaliknya. Justeru kita perlu rebut peluang yang ada bagi mengisi kekosongan ruangan internet khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan keilmuan Islam. Jom kita pakat belajar ilmu ICT dari pelbagai sumber yang berhampiran dengan kita. Moga-moga setiap ketikan jari-jemari kita menaip huruf-huruf tidak menjadi amalan sia-sia. Wassalam.
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
lebai_jqaf



Jumlah posting : 13
Registration date : 13.06.08

PostSubyek: Re: Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer   Mon 23 Jun 2008, 10:12 am

benda lain yang melalaikan bercambah lagi tak dak sapa nak pertikai punn takkan internet nak pertikai kott...
pakat-pakat blajaq laaaa jgn malu ......... malu bertanyaaa kawan nanti sesat jalannnnnnn........
heheheheeheh
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
akhimizi



Jumlah posting : 93
Age : 36
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

PostSubyek: Re: Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer   Mon 23 Jun 2008, 3:43 pm

salam

terima kasih pandangan kawan-kawan. sebenarnya semuanya bergantung atas diri kita selaku pengguna. selagi kita guna cara baik tak jadi masalah. tapi kalau sebaliknya masalah akan jadi. hahaha....

teringat pada kata-kata ni: "Kebenaran akan menang." selagi kita benar jangan takut la kawan... hahaha
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://e-jazirah.bravehost.com
jQAF.SKHosba



Jumlah posting : 108
Lokasi : 06000 Jitra, Kedah
Registration date : 25.02.08

PostSubyek: Re: Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer   Sun 29 Jun 2008, 10:23 am

Erm..alangkah moleknya kalau ada kursus yang khas utk guru j-QAF dalam bab ICT ni. kursus yang power2 sikit. pastu selitkan juga dalam tu utk buat bahan ICT time P&P. Maksudnya, belajar cara nak guna dan dalam masa yang masa, buatkan juga bahan utk P&P. Jadi, tak la nampak macam pi kursus pastu balik saja. sekurang2nya dah ada sedikit bahan ICT time kursus tu yang dah dibawa balik.

Dan yang lebih bermakna, kita gunakan bahan yang kita sendiri bina. Pastu tgk2 anak2 murid kita di sek fahammmm pulak guna bahan yang kita buat tu. Fuh! lebih feeling Smile
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.jqafskh.blogspot.com
akhimizi



Jumlah posting : 93
Age : 36
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

PostSubyek: Re: Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer   Sun 29 Jun 2008, 3:03 pm

salam.

AKHI MIZI sokong 100% cadangan tu. memang bagus sangat2... tapi kalau boleh biarlah relevan dengan penggunaan di sekolah. contohnya kemahiran untuk aplikasikan microsoft powerpoint, excel, dan front page. yang lain boleh ditambah untuk tahap lebih baik. mungkin antara kalangan guru j-qaf pun boleh beri bimbingan. hehehe...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://e-jazirah.bravehost.com
Sponsored content




PostSubyek: Re: Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer   Today at 7:52 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
Guru j-QAF pelu Mesra ICT dan Komputer
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah :: Macam-macam j-QAF :: Pendapat / Cadangan / Komen Anda (Ketegori Umum)-
Navigasi: