IndeksGalleryCalendarFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Top posters
jQAF.SKHosba (108)
 
ntahapa2ntah (102)
 
akhimizi (93)
 
Admin (59)
 
alfatoni (59)
 
Abdul Somad (35)
 
tice (31)
 
sppim (23)
 
beta (22)
 
jQAF.SKSiputeh (21)
 
Poll
Forum Menarik?
Ya, Sangat Menarik
35%
 35% [ 51 ]
Ya, Menarik
24%
 24% [ 35 ]
Sederhana Menarik
9%
 9% [ 13 ]
Tidak, Tidak Menarik
7%
 7% [ 10 ]
Tidak, Langsung Tidak Menarik
26%
 26% [ 38 ]
Total Suara : 147
Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian

Share | 
 

 Respon > saudara azman bin wahab

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Abdul Somad



Jumlah posting : 35
Registration date : 12.06.08

PostSubyek: Respon > saudara azman bin wahab   Sun 15 Feb 2009, 4:26 pm

Terima kasih kerana bertanya soalan berkaitan.
Hakikatnya dalam model apa pun, ada sahaja pelajar yang cemerlang dan ada yang ketinggalan. Realitinya sejauh mana kita berusaha untuk memulihkan pelajar yang bermasalah dalam pengajaran jawi ini. Apa kaedah yang telah kita guna pakai? sejauhmana latih tubi yang diberikan, penggunaan BBM dapat atau tidak membangkitkan jiwa gelora murid untuk mencitai jawi dan banyak persoalan lagi yang boleh dikemukakan dari peti minda kita. Gunakanlah apa sahaja kaedah, asalkan bersesuaian dan tidak lari dari peraturan dan dasar yang telah ditetapkan, janji pelajar dapat. Hal ini selalunya kita terlepas pandang iaitu 'berusaha mencari jalan semaksima mungkin " sebagai tugas kita ke arah memartabatkan Pendidikan Islam.

Bahan-bahan untuk memudahkan cara P&P telah dibekalkan. Namun kita boleh berusaha membuat atau merekacipta bahan bentuk baru atau apa-apa permainan yang bersesuaian dan sesuai dengan tahap pelajar yang saban hari berhadapan dengan kita.

Manakala tahap soalan yang disediakan oleh BPI adalah sebagai kayu ukur secara umum dan mempunyai tahap soalan pelbagai peringkat dan digunapakai oleh semua pelajar yang telah menguasai jawi. Sudah tentu tidak sesuai jika tahap soalan itu terpaksa diturunkan grednya.

Jadi untuk pelajar yang terlalu jauh ketinggalan dalam jawi, aktiviti model pemulihan jawi telah diperuntukkan kepada GPI j-QAF melaksanakannya kepada 6-10 pelajar pemulihan jawi. Apakah selama 4-5 tahun masih belum cukup waktu bagi mereka menguasainya, atau berlaku kebocoran teknik dan kaedah dalam p&p kita atau bagaimana.......? Saya tak mahu mengulas panjang dalam hal ini kerana sebagai GPI j-QAF yang berpengalaman......mereka lebih layak menjawabnya.

Sebagai kesimpulannya, eloklah dibawa berbincang dengan rakan sejawat untuk mengatasi dan mencari jalan terbaik dan tercepat utk menguruskan murid pemulihan yang dimaksudkan tak pulih-pulih ni. Berusaha, berdoa dan bermuhasabah. Bagaimana kalau murid-murid yang dimaksudkan itu adik atau anak cucu kita ..... ? Saya sekadar memindakan ...... tentu ada idea lain yg lebih baik. Mai kita bercambah minda.....
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Respon > saudara azman bin wahab
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah :: Anda Bertanya, Pen Pengarah Kanan j-QAF JPN Kedah Menjawab :: Permasalahan Mengenai Pemulihan Jawi-
Navigasi: