IndeksGalleryCalendarFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Top posters
jQAF.SKHosba (108)
 
ntahapa2ntah (102)
 
akhimizi (93)
 
Admin (59)
 
alfatoni (59)
 
Abdul Somad (35)
 
tice (31)
 
sppim (23)
 
beta (22)
 
jQAF.SKSiputeh (21)
 
Poll
Forum Menarik?
Ya, Sangat Menarik
35%
 35% [ 51 ]
Ya, Menarik
24%
 24% [ 35 ]
Sederhana Menarik
9%
 9% [ 13 ]
Tidak, Tidak Menarik
7%
 7% [ 10 ]
Tidak, Langsung Tidak Menarik
26%
 26% [ 38 ]
Total Suara : 147
Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian

Share | 
 

 Cadangan Pelaksanaan Kem Bestari Solat sesi 2009

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
jQAF.SKJabi



Jumlah posting : 1
Registration date : 29.11.08

PostSubyek: Cadangan Pelaksanaan Kem Bestari Solat sesi 2009   Sat 29 Nov 2008, 9:20 am

Cadangan kepada Sektor Pendidikan Islam (SPI) agar diwujudkan sukatan yang khusus untuk Kem Bestari Solat agar pelaksanaannya menjadi lebih efektif dan mencapai objektif seperti yang diharapkan. Misalnya murid-murid Tahun 1 diberi penekanan kepada teori dan amali wudhuk, niat-niat solat fardhu dan bacaan-bacaan pendek dalam solat seperti bacaan ketika rukuk dan sebagainya. Murid-murid Tahun 2 diberi pendedahan bacaan yang agak panjang dan mengambil masa untuk diingat seperti doa iftitah, duduk diantara dua sujud dan bacaan ketika tahiyyat awal dan akhir. Manakala murid-murid Tahun 3 pula diberi penekanan kepada bacaan doa qunut. Murid-murid di Tahap 2 boleh diterapkan aspek penghayatan dan amalan seharian. Mewajibkan murid-murid Tahap 2 menunaikan solat zohor secara berjamaah sejurus selepas kelas ditamatkan mungkin satu altenatif.

Cadangan ini diutarakan kerana didapati murid-murid khususnya di Tahun 1, Tahun 2 malah terdapat juga sebahagian murid di Tahun 3 tidak dapat menguasai kesemua elemen dalam Kem Bestari Solat (amali wudhuk, bacaan solat dan perlakuan solat) dengan baik. Masa yang digunakan untuk menerangkan sesuatu aspek solat kepada murid kadang-kadang tidak mencukupi dan mengambil masa yang agak lama. Murid-murid pula mudah berasa bosan apabila diberi terlalu banyak pendedahan dalam sesuatu siri Kem Bestari Solat yang dijalankan. Kalau pun murid dapat mengingat dan menghafaz tetapi hanya untuk ingatan jangka pendek dan tidak dapat bertahan lama.

Selain itu pengisian data yang dijalankan akan menjadi lebih telus dan tepat kerana murid-murid telah mengikuti Kem Bestari Solat secara sistematik dan tersusun. Wallahu 'alam...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
jQAF.SKHosba



Jumlah posting : 108
Lokasi : 06000 Jitra, Kedah
Registration date : 25.02.08

PostSubyek: Re: Cadangan Pelaksanaan Kem Bestari Solat sesi 2009   Sat 29 Nov 2008, 5:17 pm

Secara dasarnya, memang setuju dengan cadangan Jabi ni. Itupun kalau KBS dijalankan mengikut ketetapan tetapi masih lagi belum mencapai objektif. Kami pun terasa tempiasnya berkaitan pencapaian murid j-QAF terhadap KBS. Agak menggentarkan juga apabila masih ramai murid yang belum dapat menguasai bacaan yang panjang.

Namun, bukanlah KBS semata-mata ruang waktu yang digunakan untuk murid mempelajari berkaitan solat. Bukankah boleh disisipkan di ruang masa yang lain juga. Apa yang penting, kita berusaha melakukan mengikut ketetapan sebaik mungkin.

Tahun depan, murid j-QAF SK Hosba dah tahun 5. Maksudnya (4 x tahun 1) + (4 x tahun 2) + (4 x tahun 3) + (4 x tahun 4) + (4 x tahun 5) = 20 kali KBS. Penuh Taqwim Sekolah Very Happy
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://www.jqafskh.blogspot.com
akhimizi



Jumlah posting : 93
Age : 36
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

PostSubyek: Re: Cadangan Pelaksanaan Kem Bestari Solat sesi 2009   Mon 01 Dec 2008, 8:06 am

Salam j-QAF,

Bila kita berbicara soal masa mengenai hal berkaitan mengajar solat atau mengajar agama kepada hamba Allah, satu perkara yang mustaha perlu diingat adalah mustahil untuk manusia biasa macam kita dapat menguasai agama atau tahu menunaikan solat dalam masa 1 hari.

Kita memerlukan masa.

Bahkan nabi sendiri mengajar kita untuk mengajar anak-anak solat pada usia 7 dan apabila mencapai usia 10 barulah dikeraskan sedikit pendekatan dengan memukul (itupun jika perlu memukul itu menyebabkan anak tidak meninggalkan solat) untuk mentarbiah bukan untuk mencederakan.

Saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Jabi. Memang pun sepatutnya ada dibuat pembahagian penguasaan dan objektif yang lebih relevan dan sesuai dengan tahap murid.

Saya tidak percaya kalau dengan habis 4 kem dalam tempoh setahun murid-murid tahun 1 sesebuah sekolah semuanya yang hadir kem itu menguasai 100% apa yang terkandung dalam silibus.

Tetapi saya percaya, guru-guru telah berusaha. Apatah lagi ini perkara baik dan mulia.

Sebenarnya teknik membahagi mengikut tahap itu kami dah laksanakan. sama seperti Jabi dan Admin juga. Ini lebih baik. Bukankah kita ada 4 kem dalam tempoh setahun dan setiap murid akan menempuhnya 24 kem dalam masa 6 tahun. Tentulah sempat....

Kecuali kalau guru tak buat atau murid tak mau belajar.

Hehe... (gelak kecewa)
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://e-jazirah.bravehost.com
Sponsored content




PostSubyek: Re: Cadangan Pelaksanaan Kem Bestari Solat sesi 2009   Today at 7:52 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
Cadangan Pelaksanaan Kem Bestari Solat sesi 2009
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah :: Anda Bertanya, Pen Pengarah Kanan j-QAF JPN Kedah Menjawab :: Permasalahan Mengenai Kem Bestari Solat-
Navigasi: