IndeksGalleryCalendarFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Top posters
jQAF.SKHosba (108)
 
ntahapa2ntah (102)
 
akhimizi (93)
 
Admin (59)
 
alfatoni (59)
 
Abdul Somad (35)
 
tice (31)
 
sppim (23)
 
beta (22)
 
jQAF.SKSiputeh (21)
 
Poll
Forum Menarik?
Ya, Sangat Menarik
35%
 35% [ 51 ]
Ya, Menarik
24%
 24% [ 35 ]
Sederhana Menarik
9%
 9% [ 13 ]
Tidak, Tidak Menarik
7%
 7% [ 10 ]
Tidak, Langsung Tidak Menarik
26%
 26% [ 38 ]
Total Suara : 147
Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian

Share | 
 

 Kita Nak Yang Kuat Membantu Yang Lemah Supaya Yang Lemah Tidak Melemahkan Yang Kuat !

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Abdul Somad



Jumlah posting : 35
Registration date : 12.06.08

PostSubyek: Kita Nak Yang Kuat Membantu Yang Lemah Supaya Yang Lemah Tidak Melemahkan Yang Kuat !   Wed 05 Nov 2008, 10:12 pm

Saya terbaca perbincangan ini dan terasa ingin menyumbang idea, walaupun dihujung tahun 2008. Tapi untuk persediaan 2009 dan renungan diwaktu cuti panjang nanti…moleklah difikir-fikirkan. Bagi saya yang tak pandai BA seperti antum berasa amat kagum dengan kebolehan dan keilmuan yg ada pada antum semua. Rasanya jika diadun ilmu dan disusun strategi dan kaedah yg sesuai dgn jiwa antum dan menarik minat murid … pasti antum mampu memberi sumbangan yg amat besar pd perkembangan BA dan Islam itu sendiri. Maka sudah tentu terasa kepuasan dalam bertugas. Cumanya janganlah terlalu mengharapkan suatu pencapaian yg terbaik dlm jangkamasa yg pendek. Beri harapan pd anak murid dan nyatakan kepercayaan anda pd kebolehan mereka…. pasti ada hasilnya.

Banyak atau sedikit bilangan kita bergantung pd kualiti usaha dan hasilnya. Umum hanya mahu melihat hasilnya, bukan masalah dan karenahnya, kerana mengatasi masalah dan melerai karenah itu adalah tugas kita, Jika dilihat kekuatan ada pd yg sedikit, maka kelemahan perlu mendapat bantuan yg kuat dan yg kuat pula sedia memberi dan menyumbang supaya kerja menjadi sama ringan. Kalau kita melihat rakan lemah dan longlai, berilah (jgn tunggu disuruh) sumbangan kekuatan pdnya. Mungkin dia boleh menjadi anak murid tua kita. diharapkan berkat doa, kesungguhan dan keperihatinan kita dia akan menjadi lebih kuat dari diri kita sendiri. Tapi perlu ikhlas dan bijaksana supaya tidak ada yg terasa, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak relai. Yg maha penting anak murid tidak menjadi mangsa kelemahan semangat dan kealpaan tanggungjawab yg terpikul di atas bahu kita. Saya sentiasa mendoakan antum diberi kekuatan tenaga dan strategi P&P dan semangat yg berterusan oleh ALLAH . Apa yg dapat saya simpulkan dan perlu diberi penekanan oleh antum ialah;

1. Kekuatan semangat bekerja ( bukan bersemangat ) untuk memartabatkan Bahasa Arab pd anak watan
2. Keinsafan dan kesyukuran terhadap nikmat dan anugerah Allah pd diri setiap dr kita
3. Keikhlasan dan kesungguhan dalam menjalankan tugas harian
4. Melihat peluang kekuatan yg ada pd diri dan anak murid sebagai batu loncatan
5. menghurai dan mencairkan segala masalah yg menghalang proses p&p murid
6. membina keyakinan diri dan murid utk mencapai tahap maksimum sukatan
7. mencari jalan, membuat unjuran, melihat peluang dan istiqamah dapat mengalang rasa jemu dan patah semangat.

Rasanya disini dulu contengan saya yg tak seberapa, jika tak molek semua jgn dibuang semua. Renung-renungkanlah. Rancanglah supaya j-QAF Tanpa Gagal. Maaf kalau terganggu emosi....
Selamat bercuti panjang bersama keluarga tersayang. Terasa seronok bila terkenangkan saat-saat ini seperti itu ketikaku menjadi seperti antum. Semuanya menjadi nostalgia dan kenangan masa silam yang tak terperi indahnya. Sekali lagi….cuti! cuti! Malaysia!
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
alfatoni



Jumlah posting : 59
Age : 36
Registration date : 06.06.08

PostSubyek: Re: Kita Nak Yang Kuat Membantu Yang Lemah Supaya Yang Lemah Tidak Melemahkan Yang Kuat !   Tue 11 Nov 2008, 12:07 am

Masalah berlaku apabila " Yang Kuat tak boleh ditumpang dan Yang Lemah tak boleh mengikut". Masing-masing punya ego yang agak tebal beberapa inci. Peratusan yang nampak boleh ditumpang hanya beberapa individu dari kalangan kita. Yang belambak lagi hanya berada di zon selesa. Nak salahkan pihak tertentu tak boleh. Justeru, ana setuju dengan komentar dari ust. Abd Somad. Cuma menjelmakan realiti seperti itu agak mencabar dan memerlukan pengorbanan yang berterusan. Bimbingan istiqomah...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
akhimizi



Jumlah posting : 93
Age : 36
Lokasi : Pulau Langkawi
Registration date : 21.02.08

PostSubyek: Re: Kita Nak Yang Kuat Membantu Yang Lemah Supaya Yang Lemah Tidak Melemahkan Yang Kuat !   Wed 19 Nov 2008, 9:56 am

Salam j-QAF

Sukarno dalam kata2nya yang famous: berikan aku 10 pemuda, akan aku goncangkan dunia.

hehe...

Fikir2lah, kitakah pemuda itu?

Us Somad kena kaji sampai realiti, kalau posting ke sesebuah sekolah tu 5 orang guru j-QAF. Adakah semuanya sama? tentu tak sama. Sejarah pengajian dankehiduapn pun beza. so... memang susah nak satukan. cuma ada satu cara...

saya cadangkan kita bengkelkan guru-guru j-QAF ni supaya depa faham. kalau dah faham tak mau buat juga memang malas la.... dan malas ni racun. tapi kalau tak buat sebab tak faham... apa cerita? justeru.... kita cuba fahamkan dengan adakan bengkel pengurusan organisasi j-QAF di sekolah. Klik ke Forum organisasi saya ada tulis sikit.

Apapun saranan dan pandangan us somad saya setuju. banyak idea bernas ustaz. so kalau ustaz buat blog lagi bagus... ada himpunan org senang nak rujuk. us dapat pahala lagi banyak.

pahala buat blog ni kena sembang dgn us rushdan. rugi kita masa makan jenahak 3 rasa di Bamboo Restauran tu lupa sembang pasal ni. hehe...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://e-jazirah.bravehost.com
Sponsored content




PostSubyek: Re: Kita Nak Yang Kuat Membantu Yang Lemah Supaya Yang Lemah Tidak Melemahkan Yang Kuat !   Today at 7:52 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
Kita Nak Yang Kuat Membantu Yang Lemah Supaya Yang Lemah Tidak Melemahkan Yang Kuat !
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah :: Anda Bertanya, Pen Pengarah Kanan j-QAF JPN Kedah Menjawab :: Lain-lain permasalahan-
Navigasi: