IndeksGalleryCalendarFAQPencarianPendaftaranAnggotaGroupLogin
Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
Top posters
jQAF.SKHosba (108)
 
ntahapa2ntah (102)
 
akhimizi (93)
 
Admin (59)
 
alfatoni (59)
 
Abdul Somad (35)
 
tice (31)
 
sppim (23)
 
beta (22)
 
jQAF.SKSiputeh (21)
 
Poll
Forum Menarik?
Ya, Sangat Menarik
35%
 35% [ 51 ]
Ya, Menarik
24%
 24% [ 35 ]
Sederhana Menarik
9%
 9% [ 13 ]
Tidak, Tidak Menarik
7%
 7% [ 10 ]
Tidak, Langsung Tidak Menarik
26%
 26% [ 38 ]
Total Suara : 147
Navigation
 Portal
 Indeks
 Anggota
 Profil
 FAQ
 Pencarian

Share | 
 

 "MEMBACA DOA"

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
tice



Jumlah posting : 31
Registration date : 09.10.08

PostSubyek: "MEMBACA DOA"   Sat 25 Oct 2008, 7:40 am

SALAMS ADMIN..

Tice ada kemusykilan mengenai 'Bacaan Doas' dalam majlis rasmi di sekolah yang ada dimuatkan acara TARIAN (berjoget zaphin) dan diambil bahagian oleh murid-murid lelaki dan perempuan. Yang perempuan pulak tak menutup aurat(tak pakai tudung)...Mungkin ini ada berlaku di beberapa buah sekolah di Msia..tanpa sedar.

1. Adakah dibolehkan/diharuskan /dimakruhkan/diharamkan membaca doas dalam majlis sebegini?

2. Ada 'suara-suara' mengatakan..'Apalah sangat...tarian itu sekadar hiburan jer..dan yang ambil bahagian tu
budak-budak yang belum akil baligh..so,kan ker tak wajib menutup aurat?"

Tapi pada pandangan tice ler dari rebunglah kita nak membentuk anak-anak nie esp perempuan kan ustaz?

So,nak mintak pandangan dari ustaz dalam masalah ini..Tice rasa tanya kat ustaz kat sini lebih sesuai coz ADMIN selalu bagi jawapan dengan jelas tanpa 'bias' dalam memberi xplanation..


syukran jazillan ya ADMIN...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Admin
Admin


Jumlah posting : 59
Age : 38
Registration date : 16.02.08

PostSubyek: "MEMBACA DOA"   Sun 26 Oct 2008, 9:17 am

Waalaikumussalam.

Apabila tice bertanyakan hal ini, teringat pula pesanan GB yang selalu mengingatkan murid termasuklah juga guru-guru supaya menghormati dan mengaminkan doa. Terdapat segelintir yang masih berjalan, berbual-bual dengan rakan ketika doa dibacakan seolah-olah kita endah tak endah sahaja terhadap doa. Hm...

Informasi di bawah insyaAllah akan menjawab 2 soalan daripada tice.


DOA.

Pendahuluan

Doa adalah satu ibadah. ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib. dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.

Pengertian Doa

Doa ialah satu ucapan permohonan dari hambaNya kepada Alllah dengan rendah diri dari hati yang jujur dan ikhlas bagi mendapatkan rahmat, inayah dan pertolonganNya atau menolak segala bahaya, bala dan bencana dengan cara dan adab yang tertentu.

Tujuan Dan Adab Berdoa

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baik hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.
* Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah S.W.T.
* Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
* Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
* Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
* Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah S.W.T

Tempat Berdoa

Tempat yang diharuskan berdoa antaranya ialah di tempat-tempat perhimpunan yang bertujuan untuk kebaikan seperti masjid, dewan, madrasah, rumah kediaman dan tempat terbuka (seperti padang).

Manakala yang tidak diharuskan berdoa ialah di tempat yang terdapat patung manusia atau haiwan, gambar-gambar atau lukisan yang tidak sopan yang terkeluar dari akhlak Islam.

Begitu juga di tempat-tempat yang mengandungi acara atau aktiviti yang berunsur maksiat, ditegah atau bertentangan dengan Islam seperti majlis tari menari atau yang seumpama dengannya.

Dipetik daripada Jabatan Mufti Negeri Selangor

_________________
Kita Sama Sahaja
Bezanya Cuma Amalan Kita
Aku Dengan Caraku Yang Sederhana
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user http://jqafkedah.forumotion.com
tice



Jumlah posting : 31
Registration date : 09.10.08

PostSubyek: Re: "MEMBACA DOA"   Sun 26 Oct 2008, 5:52 pm

SYUKRAN JAZILLAN YA USTAZ ADMIN...
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
Sponsored content




PostSubyek: Re: "MEMBACA DOA"   Today at 7:55 pm

Kembali Ke Atas Go down
 
"MEMBACA DOA"
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
Forum Komuniti j-QAF JPN Kedah :: Macam-macam j-QAF :: Isu Agama dan Fatwa-
Navigasi: